Banner

Calling! Calling!

012 6492151 Shima
molektudung@gmail.com

Email:
SignIn Member:
 Follower 
 Like FanPage 
ID Follow & FB:
URL Blog:
Exchange:
 Link 
 Banner 
 Both 
Dah Link MolekTdg:

SOALAN LAZIM

Ini adalah sebahagian persoalan pelanggan-pelanggan yang majoriti menanyakan soalan yang lebih kurang sama kepada Molek Tudung.

Sekarang mereka semua dah terbukti berjaya dengan rasa gembira, senang hati, tersenyum dan tak sangka mereka dah boleh menjahit tudung sendiri.

Anda bila lagi??? BERTINDAKLAH SEKARANG!


1. Saya langsung tiada asas jahitan, kerana tudung awning inilah timbul minat & keinginan nak
menjahit boleh ke?

Bolehhh...... konsep menjahit tudung ini mudah sahaja tidak seperti menjahit baju menengok
secara kasar pun dah boleh tahu kaedahnya senang kan.


2. Saya tak pernah guna mesin jahit macam mana nak guna? takut!.......tak reti la? dan macam-
macam perasaan la keluar bila sentuh bab menjahit ini.......

Untuk permulaan bagi yang 'begineer @ zero menjahit' yang tak 'friendly' dengan mesin jahit lagi
belajar langkah-langkah membuat tudung dulu dan jahit dengan tangan bila dah faham cara-cara
membuat tudung barulah mesra kan dengan mesin jahit pula buat 'step by step' bila 'Smart
Planning' hasilnya cukup puas hati.


3. Saya tak kenallah jenis kain apa? awning pula macam mana itu?

Jangan bimbang tentang kain sejak 'tsunami tudung awning' melanda banyak kedai-kedai
menjual kain muncul secara offline & online, anda beritahu kain nak buat tudung 'salesgirl @
salesman' akan tunjukkan macam-macam jenis kain yang boleh dibuat tudung sampai dah tak
tahu nak pilih jadi nya.


4. Harga di pasaran Makk Aiiik MAHAL nye nak nya kalau status butik tak merasa la nampaknya
tapi saya tengok macam boleh buat sendiri, boleh ke belajar melalui Nota?

Haa anda tengok pun macam mudah nak membuat nya cuma tak tahu caranya macam mana
betul tak? Di Nota Molek Tudung ada jawapannya yang menerangkan dan menjelaskan setiap
langkah-langkah terperinci untuk menghasilkan tudung ditambah ada 'design' Pola-Pola yang
'famous' tersedia untuk membuat tudung mudah bukan..........


5. Saya ni umur dah 57 tahun dah bersara tak buat apa-apa aktiviti nak cuba menjahit boleh ke?

Kenapa pulak tak boleh......... menuntut Ilmu itu kan diharuskan sehingga hujung nyawa, tak rugi
belajar benda baru yang berfaedah pulak itu tambah lagi dapat menjadikan sumber pendapatan.


6. Saya pernah ikut kelas jahit tudung dalam 7 jam satu hari sajalah tapi kenapa saya masih tak faham dan macam give up je tetapi bila Molek Tudung ada jual Nota & Pola ada timbul minat nak mula balik boleh ke melalui Nota?

Dalam 7 jam diajarkan menjahit tudung tetapi dalam keadaan kelam kabut betul tak bukan anda seorang sahaja yang sertai kelas sudah tentu ramai peserta kan? Anda diarahkan buat macam ini selepas itu buat macam ini diwajibkan tudung siap jahit sebelum pulang betul tak? dalam keadaan celaru tanpa anda FAHAM cara-caranya menjahit tudung, sekarang peluang kepada anda melalui Nota Molek Tudung anda dalam keadaan tenang belajar satu persatu langkah demi langkah sehingga terhasilnya tudung anda.


7. Tudung Awning ini macam 'bermusim' je?

Memakai tudung tak bermusim kan diwajibkan sehinggalah kita hunjung nyawa, macam tudung ct sebernarnya dah keluar awal 70@80an, sekarang tengok disebabkan Siti yang memakainya jadi tudung itu komersial, tak rugi belajar kerana anda sudah tahu Asas untuk membuat tudung cuma akan datang rekabentuknya yang berbeza siapa tahu Andalah orang Pertama yang mencipta trend terbaru bermula dengan Asasnya tak gitu?


PRACTICE MAKE PERFECT ^_^

CARA PEMBAYARAN




Account No : 162218570435

Account Holder : Rasimah Ismail




Account No : 1226 0096501 52 6
Account Holder : Rasimah Ismail



Buat masa ini Molek Tudung hanya menerima pembayaran melalui maybank2u.com.my & CIMB Clicks ataupun melalui mesin deposit yang terdapat diseluruh Maybank & CIMB di Malaysia.

Molek Tudung menasihatkan anda berhati-hati untuk membuat pembayaran samada melalui 'Transfer Online @ Cash Deposit' pastikan No. Account Maybank @ CIMB Molek Tudung dengan betul.


Sekiranya anda membayar melalui 'Transfer Online' selain dari Maybank @ CIMB, Molek Tudung akan menunggu 'Transaksi Clear' barulah Penghantaran Pos dilakukan.


PRACTICE MAKE PERFECT ^_^

PENGHANTARAN POS

Molek Tudung melakukan Penghantaran Pos secepat mungkin, tempoh sampai ke tangan anda mengikut Zon yang telah ditentukan oleh Pos Malaysia.





Penghantaran Pos Ekspres dilakukan sejurus selepas Pembayaran.


Bayaran yang dilakukan dari pukul 9.00 AM ~ 3.30 PM akan di pos pukul 4.00 PM pada hari yang sama.

Bayaran yang telah dilakukan selepas pukul 4.00 PM ~ 8.30 AM (hari Esok) akan di Pos pada hari berikutnya pada pukul 9.00 AM.


Pembayaran yang dibuat pada hari Jumaat selepas pukul 4.00 PM ~8.30 AM (hari Esok) akan dipos pada hari berikutnya pada pukul 9.00 AM (kecuali Sabtu minggu pertama').


Sekiranya hari berikut jatuh hari Sabtu minggu pertama akan di Pos pada Isnin minggu berikutnya.


Pembayaran yang dilakukan pada hari Sabtu minggu pertama dan Ahad akan di Pos pada Isnin minggu berikutnya pada pukul 9.00 AM.


Molek Tudung berharap anda dapat BERSABAR menunggu barang sampai ke tangan anda sekiranya berlaku masalah teknikal penghantaran pos daripada Molek Tudung atau pihak Pos Malaysia.


Harap Maklum, Terima Kasih diatas kerjasama anda.................


PRACTICE MAKE PERFECT ^_^

TERMA & SYARAT

1. Pastikan segala butiran adalah betul seperti Nama & Alamat kerana jika ada kesilapan
dari pihak anda akan menyukarkan dan melambatkan penerimaan barang.

2. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya wang anda tidak dapat dikesan oleh itu anda
harus memastikan ketika membuat ‘Transfer Online@Cash Deposit’ adalah betul.

3. Bagi yang membuat ‘Online Transfer’ selain dari Maybank, Molek Tudung akan
menunggu ‘Transaksi Clear’ barulah pengeposan dilakukan.

4. Apabila barang pengeposan tidak diterima dan didapati bukan masalah dari Molek Tudung
dan Pos Malaysia seperti berikut:

• Sekiranya anda memberi Alamat Rumah, Molek Tudung tidak bertanggungjawab jika
pengeposan tidak diterima diatas sebab masalah teknikal yang melibatkan kawasan
perumahan yang sering kehilangan surat ataupun masalah yang lain.

• Sekiranya anda memberi Alamat Pejabat@Tempat Bekerja, Molek Tudung tidak
bertanggungjawab jika pengeposan tidak diterima diatas sebab masalah teknikal
yang melibatkan ‘Despatch /Receiver Letter’ di tempat anda.

5. Sekiranya perkara tersebut terjadi Molek Tudung memberi potongan harga apabila anda
membuat ‘Order’ untuk kali kedua.

6. Setelah pembayaran dilakukan tidak boleh membuat pembatalan.

7. Barang yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan.

8. Molek Tudung berharap anda dapat bersabar menunggu menerima barang sampai ke tangan
sekiranya berlaku masalah teknikal dari Molek Tudung mahupun dari Pos Malaysia.


PRACTICE MAKE PERFECT ^_^

TUDUNG AWNING

Fesyen tudung awning yang mencipta 'tsunami' telah mencetus fenomenanya di kalangan wanita muslim di negara ini dan mengubah perhatian penggemar fesyen bertudung apabila rekaan tudung awning yang begitu praktikal pemakaiannya.

Mengenakan tudung ala-ala Ekin, Ariani dan pelbagai nama Tudung Awning di pasaran kini menjadi pilihan ramai kerana ia senang dipakai dan bahagian atasnya elok terletak.

Permintaan yang ‘luarbiasa’ terhadap tudung awning ia sangat praktikal untuk digayakan, sangat mudah dipakai kerana tidak perlu di ‘iron’ dan sesuai sekali untuk travelling ini secara langsung dapat memberikan kepuasan kepada peminat/penggemar tudung.

Nyata, trend tersebut sudah kelihatan jelas sejak penghasilan tudung awning ini yang berinspirasikan telah mencetus pelbagai rekabentuk (design) yang sentiasa mendapat tempat di hati pemakai tudung di negara ini.

Kerana Tudung Awning jugak lah secara tidak lansung membantu ramai surirumah, ibu tunggal, keluarga berpendapatan rendah dan pelajar-pelajar IPTA/IPTS mahupun yang memiliki kerja tetap telah meraih pendapatan sampingan yang lumayan. Bersandarkan sedikit kemahiran seperti menjahit juga antara jaminan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Bagaimanapun bagi sesetengah wanita, kemahiran yang ada tidak hanya dijadikan sumber rezeki tapi cukup sekadar untuk mengisi masa terluang dan dijadikan hobi.

Menghasilkan Tudung Awning tidak sesukar yang disangka kerana,“Paling penting, anda tahu bagaimana kaedah betul untuk menjahit selain mempunyai kelengkapan jahitan dan material untuk menghasilkan sehelai tudung awning sekiranya anda tiada mesin jahit anda boleh memulakan dengan jahit tangan.

Bahan-bahan:

1. Pola bersama Awning & Badannya
2. Kain Jersey, Lycra, Chifon, Tshirt (badan tudung),
3. Awning ~ jersey, broked, kapas, sutera Thai atau shantung,
4. Bakrum (kain gam keras) @ Span
5. Gunting
6. Jarum peniti,
7. Kapur penanda,
8. Jarum jahitan,
9. Benang (mengikut warna kain pilihan dan
10.Penentas (jika berlaku kesilapan)


PRACTICE MAKE PERFECT ^_^

 

Copyright © 2012 Reserved to Molek Tudung Design with love by CikBulat